Wednesday, January 5, 2011

Berkshares Mata Wang Baru Menggantikan USD

Kilang Cetakan Matawang Berkshares
NILAI USD YANG SEMAKIN SUSUT
Tahukah anda, satu kawasan di Amerika Syarikat sekarang sudah mula menggunakan matawang mereka sendiri yang dipanggil BERKSHARES 
KENAPA PERKARA INI BERLAKU


Penurunan nilai US Dollar yang begitu tinggi sejak kebelakangan ini telah menyebabkan timbulnya Matawang Tempatan "Local Currency" ini.
Cetakan dengan pelbagai Nilai 1, 20, 50, 100
Bilamana, masyarakat hidup dengan 'bertukar-tukar' barangan dengan perantaraan matawang tempatan.


Di US dah mula, dengan satu sistem yang agak mirib kepada sistem barter cuma adanya perantaraan Local Currency, kita bagaimana pula? Dengan keadaan matawang kertas yang berterusan kehilangan nilainya, maka kita harus ada matawang alternatif. 
Rakyat US menunjukkan matawang baru 
Alhamdulillah Kelantan sudah memulakan langkah pertama dalam usaha ini dengan kedai-kedai yang menerima dinar & dirham Kelantan. Cumanya usaha ini harus diteruskan lagi ke kawasan & daerah lain untuk turut sama mempunyai sistem yang menerima dinar & dirham.
Kelemahan mata wang USD boleh meningkatkan lagi harga emas dan permintaannya sbgmana yg dinyatakan dalam sebuah buku "The Trader’s Great Gold Rush" karangan  James DiGeorgia (www.amazon.com*klik di sini utk dptkan buku tersebut

KENAIKAN HARGA EMAS
Rata-rata kedai menerima matawang baru ini
1-Emas adalah merupakan komoditi dimana harganya akan naik atau turun berdasarkan permintaan pasaran.

2-Nilai USD yang lemah akan meningkatkan harga emas

3-Peranan emas sebagai pelindung ketika krisis politik (perang atau ketidakstabilan politik)

4-Peranan emas sebagai pelindung ketika krisis ekonomi.

Untuk keterangan lanjut mengenai BERKSHARES MONEY, sila lawatihttp://www.berkshares.org/index.htm




Sunday, December 19, 2010

Emas: Anda Masih Ragu Lagi!!!

Apa khabar semua...kepada peminat2 emas dan pembaca setia blog ini..



Adakah anda masih lagi dengan cara menyimpan aset dalam bentuk emas? Jika anda masih bersikap sedemikian terpulang la kepada anda untuk menilai apa baik dan buruk untuk anda dan masa depan anda.

Sejak akhir-akhir ni banyak berita yang menceritakan mengenai emas. Hal ini juga di sentuh oleh Mantan PM kita Tun Dr Mahadir Mohamad. Cuba anda lihat artikel2 yg lepas yg saya posting dlm blog ini. 

Anda sepatutnya "berhijrah" setelah anda mengetahui Rahsia-rahsia yang ada pada emas. Semakin banyak anda mengetahui mengenai emas semakin banyak anda akan menjana keuntungan. Dengan itu orang akan membeli emas tanpa terpaksa atau di paksa.
Anda akan merasa "$e$al" kerana anda tidak menyedari peluang ini dari peringkat awal lagi TETAPI sebenarnya anda masih belum terlambat lagi....

Lagi lama anda berfikir......
lagi jauh anda "ditinggalkan" dengan harga emas yang semakin naik dan naik....

call/sms : 013-2575747
Sila hubungi saya bila2 masa untuk lock price....


Simpanlah dinar dan dirham sbg aset

Pada zaman pemerintahan Khalifah yang ke-3 iaitu Khalifah Saiyidina Ummar al-Khattab (13 – 23 hijrah / 633 – 644 masihi), penggunaan mata wang dinar dan dirham mula dikawal dari segi corak dan berat. Di bawah pemerintahan Khalifah Ummar, corak mata wang Islam telah diukir dengan nama Allah s.w.t. dan sebahagian dari ayat-ayat suci al-Quran
Berat mata wang Islam ini juga telah ditetapkan iaitu mata wang dinar mestilah mengandungi emas seberat 1 mithqal (iaitu seberat 4.25 gram ukuran pada masa kini). Manakala bagi mata wang dirham pula, beratnya adalah sebanyak 2.975 gram perak (ukuran pada masa kini) di mana jika nilai tukarannya dengan dinar ialah 7 dinar emas bersamaan dengan 10 dirham perak. 


Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham(untuk digunakan). 
Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Simpanlah dinar dan dirham.....yg byk terdapat pelbagai pilihan di pasaran spt dinar kelantan dan sbgnya...Jika anda berminat call me to lock price now...harga sedang naik skrg ni..!!!

Thursday, December 16, 2010

Keadaan Hyperinflasi di Zimbabwe

Walaupun kanak-kanak itu membawa wang yang
begitu banyak di jalanan tetapi tiada siapa yang ingin
 merompak...kerana wang kertas tidak laku dan nilainya kecil sahaja


Gaji bulanan di Zimbabwe di bayar dengan menggunakan sukatan kilo....Banyaknya duit tapi tak laku....apa nak jadi....

Nilai emas ini sudah dijanji kan oleh Allah S.W.T. dan Rasul, Muhammad S.A.W. Ia akan kekal bernilai di dunia sehingga ke hari akhirat.

Sila rujuk surah ali-imran :186 cerita pasal emas dan dirham
utk posting yg akan dtg saya jelaskan ayat tersebut..:). Skrg tak sempat ada temujanji :)

Jadi simpan lah emas sekarang!!!

Wang kertas akan semakin susut nilai

Pencetakan wang kertas yang tidak di kawal oleh pemerintah akan menyebab kan Hyperinflasi berlaku.. wang kertas akan susut nilai sehingga menjadi tak laku dan tidak ada bernilai kecuali sedikit sahaja.
100 billion hanya dapat membeli dgn 3 biji telur sahaja.!!!
















Mari kita tengok apa telah berlaku oleh Negara yang di landa hyperinflasi seperti:-
  • Kerajaan Perancis - tahun 1715
  • Republik Weimer Jerman, 1922-1923
  • Hungary, 1945-1946
  • Chile, 1971-1981
  • Peru, 1988-1991
  • Angola, 1991–1999
  • Yugoslavia, 1992-1995
  • Belarus, 1994-2002
  • Mexico –  tahun 1994
  • Argentina – tahun 2001
  • Zimbabwe - 2000 sehingga sekarang.


Alhamdulillah.. Malaysia tak sampai tahap ni lagi. Tapi, mustahil ke akan berlaku?? Bank Negara pun tak mampu untuk berjanji bahawa Ringgit Malaysia akan kekal bernilai sampai bile2.. semuanye bergantung kepada keadaan sosio-ekonomi dunia.

Tuesday, December 7, 2010

Pertambahan permintaan terhadap Emas dan Perak menyebabkan peningkatan

Pada minggu ini harga Emas & Perak telah  meningkat dengan mendadak dan telah berjaya melepasi harga tertinggi yang dicatatkan sebelum ini. Pergerakan rancak komoditi ini berlaku ketika di sesi dagangan Asia berikutan para pelabur menjangkakan lebih banyak tunai akan dicetak oleh penggubal polisi bagi memacu semula pertumbuhan ekonomi di U.S dan Eropah

Justeru, fenomena ini telah menggalakkan para pelabur dan pengguna untuk membeli Emas dan Perak sebagai alternatif matawang, selain bagi melindungi nilai harta dan kekayaan mereka.

Emas telah meningkat sebanyak 29% dan Perak pula meningkat sehingga 77% pada tahun ini, ekoran tindakan oleh bank2 dan pihak kerajaan yang telah menambah bertrillion dollar Amerika di dalam pasaran bertujuan melancarkaan aliran wang di pasaran tempatan sekaligus merancakkan semula aktiviti ekonomi Amerika.

Kebimbangan terhadap ketidakstabilan ekonomi Amerika dan krisis kewangan di Eropah juga menjadi faktor timbulnya spekulasi yang mengatakan lebih banyak wang kertas akan dicetak bagi memulihkan kembali keadaan ekonomi semasa, sekaligus melemahkan nilai dollar dan meningkatkan harga Emas, Perak dan komoditi berharga yang lain.

Monday, December 6, 2010

Pengukuhan KLCI, Semua Pelabur Gembira, Namun Hati2!!!

Ketika harga emas naik mendadak, Indeks Komposit Kuala Lumpur juga kelihatan mengukuh dengan baik, namun saya harap kepada para pelabur KLCI, sila ambil langkah berjaga2 kerana dikhuatiri fenomena ini berlaku hanya untuk seketika sahaja!!

Mengapa saya katakan begini?

Ini kerana kenaikan yang berlaku adalah disebabkan oleh aliran kemasukan dana dari luar, iaitu pelabur asing yang turut melabur di KLCI dan bukannya disebabkan oleh dana yang datang daripada pelabur tempatan.
Sungguhpun ianya memberikan impak positif terhadap pasaran, namun sebenarnya fenomena ini amat membimbangkan kerana kebiasaannya para pelabur luar yang membuat pelaburan di Malaysia hanya kerana mereka ingin mengaut keuntungan dalam jangkamasa yang singkat.

Dana bernilai jutaan ringgit yang mengalir masuk meningkatkan "Demand" di dalam pasaran, sekaligus menyebabkan Indeks KLCI naik dengan mendadak.

Akan tiba satu masa dimana para pelabur asing ini ingin mengambil keuntungan, lalu mereka akan menjual semuala pegangan mereka dan ini akan menyebabkan "Supply" yang tinggi di dalam pasaran sekaligus menyebabkan Indeks KLCI di pasaran tempatan jatuh menjunam!!

Situasi ini pernah berlaku semasa krisis kewangan Asia pada 1997/1998 apabila indeks utama yang ketika itu berada di paras 1,300 jatuh menjunam kepada 262 akibat pengaliran keluar pelaburan asing.

Justeru, tidak perlu ghairah dengan situasi ini kerana mereka (pelabur asing) hanya datang dengan satu tujuan iaitu menaikkan harga saham dan jual balik pada harga yang tinggi.

Apabila pasaran jatuh, orang tempatan yang akan terima padahnya, apa yang tinggal kepada kita hanyalah saham-saham yang tidak bernilai lagi.

Beruntunglah jika anda melihat fenomena yang pernah berlaku sebelum ini sebagai pengajaran dan pedoman, dan saya menyarankan agar para pelabur di KLCI menyandarkan setiap ringgit yang dilaburkan dengan emas terlebih dahulu, agar apa2 jua situasi yang berlaku anda tidak akan kehilangan semua harta kekayaan anda!!