Sunday, December 19, 2010

Emas: Anda Masih Ragu Lagi!!!

Apa khabar semua...kepada peminat2 emas dan pembaca setia blog ini..



Adakah anda masih lagi dengan cara menyimpan aset dalam bentuk emas? Jika anda masih bersikap sedemikian terpulang la kepada anda untuk menilai apa baik dan buruk untuk anda dan masa depan anda.

Sejak akhir-akhir ni banyak berita yang menceritakan mengenai emas. Hal ini juga di sentuh oleh Mantan PM kita Tun Dr Mahadir Mohamad. Cuba anda lihat artikel2 yg lepas yg saya posting dlm blog ini. 

Anda sepatutnya "berhijrah" setelah anda mengetahui Rahsia-rahsia yang ada pada emas. Semakin banyak anda mengetahui mengenai emas semakin banyak anda akan menjana keuntungan. Dengan itu orang akan membeli emas tanpa terpaksa atau di paksa.
Anda akan merasa "$e$al" kerana anda tidak menyedari peluang ini dari peringkat awal lagi TETAPI sebenarnya anda masih belum terlambat lagi....

Lagi lama anda berfikir......
lagi jauh anda "ditinggalkan" dengan harga emas yang semakin naik dan naik....

call/sms : 013-2575747
Sila hubungi saya bila2 masa untuk lock price....


Simpanlah dinar dan dirham sbg aset

Pada zaman pemerintahan Khalifah yang ke-3 iaitu Khalifah Saiyidina Ummar al-Khattab (13 – 23 hijrah / 633 – 644 masihi), penggunaan mata wang dinar dan dirham mula dikawal dari segi corak dan berat. Di bawah pemerintahan Khalifah Ummar, corak mata wang Islam telah diukir dengan nama Allah s.w.t. dan sebahagian dari ayat-ayat suci al-Quran
Berat mata wang Islam ini juga telah ditetapkan iaitu mata wang dinar mestilah mengandungi emas seberat 1 mithqal (iaitu seberat 4.25 gram ukuran pada masa kini). Manakala bagi mata wang dirham pula, beratnya adalah sebanyak 2.975 gram perak (ukuran pada masa kini) di mana jika nilai tukarannya dengan dinar ialah 7 dinar emas bersamaan dengan 10 dirham perak. 


Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham(untuk digunakan). 
Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Simpanlah dinar dan dirham.....yg byk terdapat pelbagai pilihan di pasaran spt dinar kelantan dan sbgnya...Jika anda berminat call me to lock price now...harga sedang naik skrg ni..!!!

Thursday, December 16, 2010

Keadaan Hyperinflasi di Zimbabwe

Walaupun kanak-kanak itu membawa wang yang
begitu banyak di jalanan tetapi tiada siapa yang ingin
 merompak...kerana wang kertas tidak laku dan nilainya kecil sahaja


Gaji bulanan di Zimbabwe di bayar dengan menggunakan sukatan kilo....Banyaknya duit tapi tak laku....apa nak jadi....

Nilai emas ini sudah dijanji kan oleh Allah S.W.T. dan Rasul, Muhammad S.A.W. Ia akan kekal bernilai di dunia sehingga ke hari akhirat.

Sila rujuk surah ali-imran :186 cerita pasal emas dan dirham
utk posting yg akan dtg saya jelaskan ayat tersebut..:). Skrg tak sempat ada temujanji :)

Jadi simpan lah emas sekarang!!!

Wang kertas akan semakin susut nilai

Pencetakan wang kertas yang tidak di kawal oleh pemerintah akan menyebab kan Hyperinflasi berlaku.. wang kertas akan susut nilai sehingga menjadi tak laku dan tidak ada bernilai kecuali sedikit sahaja.
100 billion hanya dapat membeli dgn 3 biji telur sahaja.!!!
















Mari kita tengok apa telah berlaku oleh Negara yang di landa hyperinflasi seperti:-
  • Kerajaan Perancis - tahun 1715
  • Republik Weimer Jerman, 1922-1923
  • Hungary, 1945-1946
  • Chile, 1971-1981
  • Peru, 1988-1991
  • Angola, 1991–1999
  • Yugoslavia, 1992-1995
  • Belarus, 1994-2002
  • Mexico –  tahun 1994
  • Argentina – tahun 2001
  • Zimbabwe - 2000 sehingga sekarang.


Alhamdulillah.. Malaysia tak sampai tahap ni lagi. Tapi, mustahil ke akan berlaku?? Bank Negara pun tak mampu untuk berjanji bahawa Ringgit Malaysia akan kekal bernilai sampai bile2.. semuanye bergantung kepada keadaan sosio-ekonomi dunia.

Tuesday, December 7, 2010

Pertambahan permintaan terhadap Emas dan Perak menyebabkan peningkatan

Pada minggu ini harga Emas & Perak telah  meningkat dengan mendadak dan telah berjaya melepasi harga tertinggi yang dicatatkan sebelum ini. Pergerakan rancak komoditi ini berlaku ketika di sesi dagangan Asia berikutan para pelabur menjangkakan lebih banyak tunai akan dicetak oleh penggubal polisi bagi memacu semula pertumbuhan ekonomi di U.S dan Eropah

Justeru, fenomena ini telah menggalakkan para pelabur dan pengguna untuk membeli Emas dan Perak sebagai alternatif matawang, selain bagi melindungi nilai harta dan kekayaan mereka.

Emas telah meningkat sebanyak 29% dan Perak pula meningkat sehingga 77% pada tahun ini, ekoran tindakan oleh bank2 dan pihak kerajaan yang telah menambah bertrillion dollar Amerika di dalam pasaran bertujuan melancarkaan aliran wang di pasaran tempatan sekaligus merancakkan semula aktiviti ekonomi Amerika.

Kebimbangan terhadap ketidakstabilan ekonomi Amerika dan krisis kewangan di Eropah juga menjadi faktor timbulnya spekulasi yang mengatakan lebih banyak wang kertas akan dicetak bagi memulihkan kembali keadaan ekonomi semasa, sekaligus melemahkan nilai dollar dan meningkatkan harga Emas, Perak dan komoditi berharga yang lain.

Monday, December 6, 2010

Pengukuhan KLCI, Semua Pelabur Gembira, Namun Hati2!!!

Ketika harga emas naik mendadak, Indeks Komposit Kuala Lumpur juga kelihatan mengukuh dengan baik, namun saya harap kepada para pelabur KLCI, sila ambil langkah berjaga2 kerana dikhuatiri fenomena ini berlaku hanya untuk seketika sahaja!!

Mengapa saya katakan begini?

Ini kerana kenaikan yang berlaku adalah disebabkan oleh aliran kemasukan dana dari luar, iaitu pelabur asing yang turut melabur di KLCI dan bukannya disebabkan oleh dana yang datang daripada pelabur tempatan.
Sungguhpun ianya memberikan impak positif terhadap pasaran, namun sebenarnya fenomena ini amat membimbangkan kerana kebiasaannya para pelabur luar yang membuat pelaburan di Malaysia hanya kerana mereka ingin mengaut keuntungan dalam jangkamasa yang singkat.

Dana bernilai jutaan ringgit yang mengalir masuk meningkatkan "Demand" di dalam pasaran, sekaligus menyebabkan Indeks KLCI naik dengan mendadak.

Akan tiba satu masa dimana para pelabur asing ini ingin mengambil keuntungan, lalu mereka akan menjual semuala pegangan mereka dan ini akan menyebabkan "Supply" yang tinggi di dalam pasaran sekaligus menyebabkan Indeks KLCI di pasaran tempatan jatuh menjunam!!

Situasi ini pernah berlaku semasa krisis kewangan Asia pada 1997/1998 apabila indeks utama yang ketika itu berada di paras 1,300 jatuh menjunam kepada 262 akibat pengaliran keluar pelaburan asing.

Justeru, tidak perlu ghairah dengan situasi ini kerana mereka (pelabur asing) hanya datang dengan satu tujuan iaitu menaikkan harga saham dan jual balik pada harga yang tinggi.

Apabila pasaran jatuh, orang tempatan yang akan terima padahnya, apa yang tinggal kepada kita hanyalah saham-saham yang tidak bernilai lagi.

Beruntunglah jika anda melihat fenomena yang pernah berlaku sebelum ini sebagai pengajaran dan pedoman, dan saya menyarankan agar para pelabur di KLCI menyandarkan setiap ringgit yang dilaburkan dengan emas terlebih dahulu, agar apa2 jua situasi yang berlaku anda tidak akan kehilangan semua harta kekayaan anda!!

Emas pelaburan terbaik masa kini

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua? Mari kita berfikir sejenak mengenai emas. Seterusnya anda buatlah penilaian yang positif.


Ketika keadaan ekonomi dunia yg tidak stabil, cara yang terbaik untuk menyelamat aset anda ialah jadikan Emas sebagai pelaburan anda. Belilah emas dan simpanlah emas.

Menyimpan KEKAYAAN di dalam bentuk EMAS akan memberikan ketenangan jiwa kepada penyimpannya. Kita tidak perlu takut kehilangan nilai dalam jangka masa panjang dan juga kita tidak perlu bergantung kepada pengakuan dan jaminan kerajaan mengenai nilai wang kita.


EMAS adalah wang yang sebenarnya.  Sekiranya hendak menyimpan, simpanlah dalam bentuk EMAS untuk pelaburan jangkamasa panjang, sederhana atau pendek.


BAYANGKAN… Jika anda ada menyimpan EMAS bernilai RM800 dalam 10 tahun dahulu. Kini nilainya hampir RM3,500! Sekiranya anda mula menyimpan dari sekarang, berapa pula harganya untuk 10 tahun akan datang? SUDAH PASTI nilainya akan MENINGKAT! Inilah yang dikatakan PENYIMPANAN NILAI TERUNGGUL, TERBAIK DAN TEPAT!

Ayuh!!! bertindak sekarang...
Call me now to lock price....

Buku Akaun Simpanan Emas...Adakah ada keuntungan atau Sebaliknya?

Akaun Gold yg di tawarkan oleh Maybank
dan Public bank
Umum telah mengetahui dan mengenali produk perbankan yang berasaskan kepada pelaburan emas ini, justeru setiap kali berbicara mengenai pelaburan emas, pasti soalan mengenai GSPA, GIA dan yang seangkatan dengannya tidak akan terlepas daripada menjadi soalan utama.


Baiklah, saya ingin kongsikan serba sedikit ilmu dan fakta berkenaan Gold Paper ini, anda nilai dan buat perbandingan sendiri.


Fakta :


1- Apabila anda membuka akaun simpanan emas ini, anda difahamkan oleh pihak bank bahawa anda telah membeli sejumlah emas yang sama nilai dengan deposit anda, walhal sebenarnya anda hanya memberi pinjaman wang secara percuma kepada bank.


2- Ada bank yang menawarkan redemption emas fizikal, tetapi sudah pasti anda akan dikenakan caj tambahan.


3- Anda tidak boleh mengosongkan deposit di dalam buku akaun, anda disyaratkan untuk meninggalkan sejumlah amaun yang telah ditetapkan.



Akaun Emas yg di tawakan oleh Kuwait 
Finance House
 4- Apabila anda hendak menjual semula (untuk mengambil keuntungan), anda akan dikenakan lagi beberapa cas yang sudah semestinya akan mengurangkan margin keuntungan anda.


5- Pelaburan ini tidak melindungi nilai harta dan wang anda kerana anda membayar sejumlah wang hanya untuk mendapatkan sekeping buku akaun dengan beberapa nilai tertulis didalamnya, berbeza dengan anda membayar wang dan dapat seketul emas.


6- Apabila berlaku penurunan harga emas, akan sampai ke satu tahap apabila jumlah deposit anda tadi tidak mampu lagi untuk menampung penurunannya, anda diminta untuk membuat sejumlah deposit lagi bagi menampung penurunan tersebut dan pastinya bank akan mengatakan ini adalah peluang untuk anda membeli emas dengan harga yang lebih rendah. Hakikatnya, apabila harga emas menurun pasti sesuatu telah berlaku terhadap ekonomi dunia dan sudah pasti ekonomi negara dan anda sendiri juga terkena tempiasnya!! pada waktu itu adakah anda masih mempunyai wang untuk membuat deposit lagi?


7- Sekiranya anda tidak membuat deposit tersebut maka wang anda kan hilang begitu sahaja. Perkara yang tidak diketahui umum ialah sebenarnya deposit di dalam akaun ini tidak dilindungi oleh PIDM!!


8- Bank hanya memberi figure kepada anda, wang deposit anda tidak didagangkan pun, tetapi digunakan oleh pihak bank secara percuma, dan jika anda kehilangannya bank akan untung besar!! Jika anda untung sekalipun bank akan tetap untung besar kerana telah menggunakan wang anda untuk menjana keuntungan dan mengenakan beberapa cas kepada anda.


9- Anda dikenakan spread yang besar jika mahu menjualnya semula disamping beberapa cas sampingan yang perlu dibayar.


Saya kira cukuplah setakat ini sahaja walaupun sebenarnya ada banyak lagi, tetapi beberapa fakta ini saya rasa dah cukup untuk memberikan anda kesedaran dan gambaran sebenar tentang produk perbankan ini.


Antara Institusi kewangan yg menawarkan produk ini di Malaysia ialah :


1- Gold Saving Passbook Account - Maybank
2- Gold Investment Account - Public Bank
3- Kuwait Finance House Gold Account - Kuwait Finance House
4- Citibank Gold Account & Citibank Dual Currency Account - Citibank
5- Gold Investment Account - UOB Bank



FIKIR-FIKIRKAN LAH....

Monday, November 22, 2010

Renung-renungkan dan selamat menyimpan...


Sedarkah anda pelaburan emas adalah pelaburan yang selamat dan kenaikannya amat begitu tinggi sekali berbanding dengan pelaburan2 yang lain....
Saya mempunyai pelaburan dalam ASB sbyk 95K dan saya telah keluarkan semua simpanan saya untuk bertukar kepada menyimpan emas kerana nilainya semakin naik dan naik.....

Anda di nasihatkan supaya membeli emas hari ini juga....... selepas membaca posting dlm blog saya ini. Emas tidak akan susut nilai dan nilainya terus naik dan naik. Anda tidak akan rugi selama-lamanya...


Keratan akbar ini membuktikan kpd anda.....lihatlah dan bacalah....Ini adalah berita terkini pada 9 NOVEMBER 2010 yg perlu anda bertindak dari sekarang demi untuk menyelamatkan aset anda dari terus susut...dan di telan inflasi sebagaimana yg berlaku di Indonesia nilai matawang yg berjuta2 tapi sedikit shj barang yg boleh anda beli.

Jadikan separuh simpanan anda dalam simpanan emas samada dinar atau jongkong emas

Sila anda perhatikan dan fikirkan fakta di bawah ini, mana satu pelaburan yg anda pilih.....
  • ASB = 8%
  • TABUNG HAJI = 9%
  • FIXID DEPOSIT = 10%
  • KWSP = 7%
  • UNIT TRUST (high risk) = 20%-30%
  • UNIT TRUST (low risk) = 10%
  • EMAS = 20%-30% to 50%- 100% to 200% to 1400%
Usah ragu2 lagi utk membeli emas...emas akan menjadi milik anda setelah anda membuat tempahan. Kami akan menghantar ke pangkuan anda. atau anda datang sendiri utk mengambilnya. 

Untuk tempahan/pembelian: 013-2575747

sumber emas2011.blogspot

Sunday, November 14, 2010

Kenapa Barang Kemas Public Jewellery lebih menguntungkan?



"Buat apa beli emas ni..bukan boleh pakai pun..klau brg kemas boleh gak pakai..."

Ini diantara ayat2 kaum wanita bila ditawarkan dengan peluang pelaburan emas. Memang ada segelintir individu yang menganggap membeli barangan kemas itu sebagai salah satu pelaburan, walaupun pada hakikatnya "pelaburan" mereka itu merugikan.

Walaupun kerugiannya bukanlah 100% disebabkan harga emas yang sentiasa meningkat, tetapi mereka telah kerugian 15-20% sebaik sahaja mereka membuat belian, dan kerugian 25-50% ketika mahu menjualnya semula selain kerugian Tidak salah jika mahu melabur dalam bentuk barangan kemas, tetapi jika niat anda anda membelinya atas dasar "kecantikan hiasan + pelaburan", maka anda perlu meneliti jenis2 barangan kemas yang menepati hasrat anda.


Saya mahu berkongsi fakta benar bersama anda, saya amat yakin yang anda pasti bersetuju 100% dengan fakta2 ini :


1- Harga tinggi, ketulenan rendah

Secara umumnya brg kemas di kedai emas adalah jenis emas 916, dan 

mereka menjual dgn harga semasa untuk emas 916. Realitinya, cuba anda bawa 

sekadar 

ke Ar-Rahnu dan uji ketulenannya, saya yakin ketulenan emasnya hanyalah 

835!! 


835!! Tetapi anda membayarnya dengan harga semasa emas 916 dan bukan 


Di sini pun anda dah rugi, belum lagi dicampur kos tambahan upah pembuatan, 

anda dah 2 kali rugi!!

pastinya 

Tetapi jika anda membeli di Public Jewellery (PJ), ketulenan emasnya 
serta merta jika anda collect sendiri di branch PG. Tapi jika di kedai emas, cubalah anda 
suruh mereka uji dulu sebelum anda membelinya, pasti berbagai alasan diberikan. Selain 
itu, emas PJ juga tiada upah buatan, bermakna anda hanya membayar harga emas 
sahaja!

adalah 916, dijamin 100%!! Anda boleh meminta staff PG menguji ketulenannya 


2- Beli ketika harga rendah, tetapi bayar dengan harga tinggi

Sabtu lepas saya membeli gelang tangan PJ, beratnya 21.4g dan saya membelinya 
Lihat perbezaannya :

dengan harga yang jauh lebih murah berbanding dengan yang dijual di kedai emas. 

Pada bulan ini harga semasa kedai emas untuk 916 ialah RM151/g. Katakan 
jika gelang tersebut saya beli di kedai emas, harga yang perlu saya bayar :

21.4g x RM151 = RM 3,231.40 + RM 150 (Anggaran Upah Buatan)
= RM 3,381.40

Gelang yg sbnrnya berketulenan hanya 853, tetapi anda bayar dengan harga 916. 
Emas 835 pada bulan ini hanya berharga RM 139/g.

RM 151 - RM 139 = RM 12/g x 21.4g = RM 256.80

Jadi kerugian anda ialah RM 256.80 + RM 150 (Upah Buatan) = RM 406.80 (Nett Loss)

Tetapi jika anda beli di PJ, ianya dijual mengikut harga semasa dunia dan berubah setiap 
20 minit. Ketika saya membeli gelang tersebut, harga semsa 916 cuma RM 143.00.

21.4g x RM 143 = RM 3,060.20 + RM 20 (Delivery Cost) = RM3,080.20

Nah, saya membayar harga yang rendah untuk gelang tangan tulen 916, anda dpt 

lihat perbezaannya kan?

Itu belum dikira dari promosi PJ yg memberikan Baucer Tunai RM 80 dan komisyen belian 
2% yang dibayar kepada saya.

Jika dikira semuanya, saya hanya membayar RM 2,938.60 untuk gelang tangan emas 
916 seberat 21.4g di PJ, berbanding RM 3,381.40 jika saya membeli di kedai emas!!!

Beza harga RM 442.80!!

Tetapi jika anda membeli barangan kemas untuk tujuan perhiasan dan kecantikan 
pilihan.

semata2 dan bukan untuk tujuan pelaburan, itu terpulang kpd anda untuk membuat 

Tetapi jika sebaliknya sebagaimana yg saya nyatakan diatas tadi, masih belum 

terlambat untuk anda mengubah fikiran.

Hubungi saya sekarang untuk membuat belian dan lock pada harga yang rendah. 
Untuk pilihan jenis dan rekabentuk, anda boleh lawati :


Pilih produk yang dikehendaki, nyatakan No Kod item dan terus 
Call / Sms ke : 013-2575747

Wednesday, November 10, 2010




Ini lah perubahan terkini.....harga emas semasa....cepat beli emas sebelum harga mencecah RM 200 pergram

Cepatttttttt............call me now 013-2575747

Kelantan lantik wakil pasarkan Dinar di China

KOTA BHARU, 10 Nov: Kerajaan Kelantan bercadang melantik wakil (wakalah) bagi memasarkan mata wang syariah di China, kata Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat, Datuk Husam Musa.
Beliau berkata, usaha itu dilakukan bagi memperluaskan penggunaan Dinar dan Dirham ke seluruh dunia.

Kata beliau Dinar dan Dirham digunakan secara meluas di Indonesia yang lebih dikenali sebagai logam mulia.

Begitu juga katanya Dinar digunakan di Granada, Sepanyol dan Amerika Syarikat dalam bentuk syiling emas.

”Di Amerika Syarikat gold coin sama berat dengan standard emas 22 karat yang telah digunakan dalam sistem perdagangan antarabangsa.
”Standard yang digunakan itu sama dengan Dinar yang digunakan oleh pemerintah Islam di zaman Khalifah Othamiah,” katanya menjawab soalan Hanifa Ahmad (PAS-Pengkalan Pasir) pada persidangan Dun hari ini.

Beliau juga mencadangkan bayaran deposit pembantu rumah dari Indonesia digunakan menggunakan Dinar berbanding Rupiah yang digunakan sekarang.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan Ubaidah Omar berkata, sehingga sekarang lebih 2,000 wanita dilatih dalam pelbagai bidang kemahiran di Pusat Pengembangan Wanita Kelantan (PPWK).

Bidang kemahiran yang diajar termasuk jahitan, sulaman dan masakan.
”Sebelum ini seramai lapan wanita mendalami bidang sulaman di Bukit Tinggi, Indonesia dan sekarang mereka mengajar kemahiran itu kepada wanita di sini,” katanya menjawab soalan Zulkefli Mamat (PAS-Pulai Chondong).

p/s:call/sms 013-2575747(shah) untuk tempahan dinar dan gold bar. Harga yg ditawarkan murah dri harga yg d cadangkan FGAM.

Friday, October 29, 2010

BERITA BAIK

Berita baik kepada sesiapa yg nk jd dealer tp xsempat nk kumpul duit. Sekarang public Gold telah lanjutkan tarikh sampai akhir tahun ni untuk sape2 yg berminat untuk jd dealer.boleh la nk niaga emas nie. Jual emas xrugi sbb dia xde tarikh luput mcm brg2 lain di pasaran.nilai emas ni pn kukuh. harga naik setiap tahun.
Oleh itu kepada sape2 yang berminat nk jd dealer boleh la hubingi saya di talian 013-2575747(shah). Nk tau lebih lanjut pasal kelebihan jd dealer ni sy boleh terangkan.
sedia khidmat jual beli emas sekitar purajaya,bangi,kajang,puchong,kl,negeri sembilan,kuala terengganu,kelantan.

Tuesday, October 26, 2010

Perancangan Dinar Untuk HAJI

Asslamualaikum dan salam 1malaysia
td ngah syok2 surf tenet terjumpa 1 blog ni http://telukemas.blogspot.com/. hebat gak tajuk dia pasal simpanan dinar untuk menunaikan haji. Huraian kat bwh nie. 

Sekarang tiba lagi musim haji, yang merupakan rukun Islam ke-5 bagi setiap umat Islam. Kepada sahabat, saudara-mara dan rakan taulan yang akan menunaikan Ibadah Haji pada tahun ini diucapkan selamat menunaikan ibadah dan doa saya anda semua dikurniakan kesihatan yang sempurna, dapat menjalani setiap rukun dengan sempurna dan memperolehi haji yang mabrur yang menjadi impian setiap insan. Insyaallah suatu hari nanti saya juga akan mengikuti jejak tuan-tuan dan puan-puan dalam menjalani ibadah ini yang mana sememangnya menjadi impian.

Kali ini saya ingin menulis sedikit bagaimana Dinar dapat membantu merealisasikan impian untuk menunaikan haji dengan lebih cepat dan sempurna, nak tahu mari kita lihat, masing-masing kena keluarkan kalkulator untuk mudah kita buat kiraan.

Haji ialah mengunjungi Baitullah di Mekah dalam Bulan-bulan Haji dengan mengerjakan Rukun-rukunnya seperti Wukuf, Tawaf, Saie dan lain-lain. Ia difardhukan Allah pada Tahun 5 Hijrah keatas setiap orang Islam, lelaki dan wanita yang berakal, baligh dan berkemampuan. Haji adalah salah satu 5 Rukun Islam.
Firman Allah swt bermaksud, “Dan sempurnakanlah Haji dan Umrah kerana Allah” (Al-Baqarah:196). “Dan untuk Allah, wajib ke atas manusia mengerjakan Haji di Baitullah (Kaabah) bagi sesiapa yang mampu sampai ke sana. Barangsiapa yang engkar, maka Allah Maha Kaya (tidak memerlukan) dari semesta alam” (Ali Imran:97). Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Haji yang Mabrur, tiada balasan baginya selain Syurga”.
“Kos Haji pada tahun 2002 hingga 2009 hampir sama tetapi jumlah Dinar yang diperlukan berkurangan!”



Kos untuk menunaikan haji pada tahun 2006 adalah sekitar RM 10,000, ayuh kita kira bagaimana simpan dinar lebih untung.....

Tahun 2002 - 1 Dinar = RM 140.00, perlu 72 Dinar

Tahun 2003 - 1 Dinar = RM 168.00, perlu 60 Dinar

Tahun 2004 - 1 Dinar = RM 202.00, perlu 50 Dinar

Tahun 2005 - 1 Dinar = RM 242.00, perlu 42 Dinar

Tahun 2006 - 1 Dinar = RM 290.00, perlu 34 Dinar

Tahun 2007 - 1 Dinar = RM 348.00, perlu 29 Dinar

Tahun 2008 - 1 Dinar = RM 418.00, perlu 23 Dinar

Tahun 2009 - 1 Dinar = RM 502.00, perlu 20 Dinar

Bagi tahun 2010 pakej untuk mengerjakan haji meningkat kepada lebih kurang RM 13,000 tetapi Kerajaan memberi bantuan sebanyak lebih kurang RM 3060 menjadikan dalam anggaran RM 9940. Jika angka itu kurang tepat saya pohon kemaafan ini sekadar kiraan untuk menampakkan bagaimana dengan Dinar kita lebih cepat cukup nilai untuk ibadah haji, ini kerana nilai pegangan Dinar ditangan yang semakin naik nilainya dari tahun ke tahun.

Jadi kita mulakan mulai sekarang untuk menyimpan Dinar dimana harga sekarang adalah RM 639.00 untuk 1 Dinar jadi berapa target kita untuk cukup kadar pakej tersebut, RM 13,000 (Kadar pakej 2010 ) bahagi RM 639.00 = 21 keping.

Jadi bagaimana dengan tahun hadapan, sudah semestinya jumlah dinar akan berkurangan kerana harga Dinar yang semakin meningkat harganya.Jika berdasarkan trend ini, dan mula meyimpan dalam DINAR sekarang sebanyak paling kurang 2 Dinar setahun, pada tahun 2015 insyaAllah kita akan mampu membiayai haji dengan kos 10 Dinar!!
kesimpulannya simpanan emas kita ni mmg untung dan TIDAK sama sekali merugikan.
Jd pada sape2 yang berminat untuk memiliki Dinar emas, Gold bar atau Public jewellery yg murah ni leh contact saya 013-2575747

Saturday, October 23, 2010

Pengiraan harga emas dunia daripada USD kepada Ringgit Malaysia.

Harga emas dunia dikira di dalam US Dollar. Jadi pergerakan harga emas di dalam RM
boleh dipengaruhi oleh 2 faktor iaitu:
1. Harga emas di dalam USD
2. Kadar pertukaran diantara USD kepada Ringgit Malaysia.


Mari kita lihat dengan terperinci:
Fakta: Di dalam tahun 2010 harga emas semakin meningkat di dalam USD.
Namun sepanjang tahun 2010, USD adalah semakin lemah berbanding Ringgit Malaysia.
Inilah penyebab kenapa harga emas naik tak begitu banyak di dalam RM.




USD makin lemah, RM semakin kuat.
Gambar: Di dalam USD, harga emas naik banyak

Gambar: Sebab RM kuat, maka harga emas dalam RM naik lebih perlahan.


Kaedah mengira harga emas pasaran dunia (spot gold)
Jika anda berminat mengetahui cara pengiraan di secara manual maka anda boleh menggunakan kaedah ini:
1. Dapatkan harga spot gold bagi 1 Oz di www.kitco.com
2. Dapatkan kadar pertukaran USD – RM di laman web Bank Negara Malaysia.
Caranya: Lihat laman web kitco http://www.kitco.com/charts/livegold.html


Anda dapati harga terkini spot gold pada 22 Ogos 1:42 waktu New York adalah USD1228. Harga ini merujuk kepada 1 Oz emas (p/s: 1 Oz emas bersamaan 31.10 gram).
Kemudian anda buka laman web Bank Negara Malaysia dan lihat di bahagian exchange rate USD kepada Ringgit Malaysia.
Ini linknya: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=629




Selepas itu kita boleh buat pengiraan:
Harga spot gold untuk segram emas di dalam Ringgit Malaysia adalah seperti berikut:
(harga emas 1 Oz x exchange rate) / 31.1 gram
= (1228 USD x RM3.1355) / 31.1 gram
= RM3850.39 / 31.1 gram
= RM123.80 / gram
Jadi, harga spot gold emas ialah RM123.80 segram.
(p/s: Pengiraan ini adalah untuk membolehkan anda mengetahui harga emas semasa dunia, tetapi untuk pengetahuan anda tidak ada penjual emas di Malaysia yang menjual emas pada harga spot gold. Mereka akan menjual emas di atas harga spot gold)
Kemudian anda boleh bandingkan dengan harga emas yang dijual oleh institusi lain contohnya


1. Harga Harian Syiling Kijang Emas
2. Harga Emas Public Fine Gold (Public Gold)
3. Harga Harian Emas Public Bank Gold Investment Account (GIA)
4. Harga Emas Public Dinar (Public Dinar)
5. Harga Dinar Emas Kelantan
6. Harga Emas UOB Bank Gold Products 
7. Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM)
8. Harga Harian Emas Maybank Gold Saving
9. Harga Emas Kuwait Finance House Gold Investment Account-i


Harga barang kemas di Malaysia.


Bagi barang kemas, kebanyakan kedai-kedai emas menggunakan harga Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM) http://www.fgjam.org.my  sebagai panduan.
Namun begitu harga ini adalah panduan semata-mata. Ada di kalangan peniaga emas yang memberikan diskaun beberapa ringgit segram daripada harga FGJAM ini.
(p/s: Jika anda membeli barang kemas di kedai emas maka anda akan dikenakan kos harga emas + workmanship)

Kesimpulan:

Saya berharap artikel ini membantu anda mengetahui:
1.Kenapa harga emas dalam RM kadang kadang naik slow walaupun di dalam USD
   harga emas naik banyak.
2. Kenapa harga emas berbeza diantara satu penjual dengan penjual yang lain.
3. Bagaimana mengira harga emas di pasaran dunia (spot gold)
Sebarkan ilmu emas ini kepada rakan rakan anda sekarang. Mereka akan berterima kasih kepada anda

Adakah pelaburan emas menguntungkan?

Tahukah anda, bahawa kebanyakan dari kita beranggapan pelaburan di ASB adalah yang paling selamat, dipercayai dan amat menguntungkan.

Jadi, bila ada duit, semuanya kita laburkan di ASB. Dengan keuntungan dividen 8-10% pada setiap tahun, ianya memang LUMAYAN. Labur RM 10,000 dapat untung RM1000! memang untung..
Akan tetapi, jika saya beritahu anda bahawa ada pelaburan lain selain dari ASB yang lebih menguntungkan, anda percaya?

Pelaburan apa? Betul ke ada pelaburan yang lebih menguntungkan dan selamat seperti ASB?
Ya, ada! Iaitu melalui pelaburan EMAS. Sebenarnya pelaburan emas ini sudah wujud lama. Cuma kita saja yang tidak menyedarinya.
Tahukah anda bahawa dengan melabur melalui pelaburan emas, keuntungan yang boleh diperolehi adalah lebih TINGGI.

Bagaimana?
Tahukah anda bahawa harga emas sentiasa menaik dari tahun ke tahun. Sebagai contoh, dari tahun 2006 ke 2007, dicatatkan kenaikan harga emas adalah sebanyak 33.3%. Wah sangat tinggi bukan? Jika ASB sekalipun, keuntungan paling tinggi yang boleh anda perolehi adalah dalam 10% setahun.
Tetapi pelaburan emas mampu mencapai 2 kali ganda daripada itu. Oleh sebab itu anda perhatikan tokey-tokey emas semakin kaya. Inilah sebabnya!


Berdasarkan carta kenaikan harga emas dunia sebanyak 284% dalam masa 10 tahun.Ini bermakna dalam setahun kenaikan harga emas adalah 28.4%.So marilah kita sama-sama mengambil peluang meningkat taraf ekonomi melalui pelaburan emas.


Credit: Saudagar emas POJ

Dealer

Alhamdulillah lepas maghrib tadi dah ada seorang dealer mendaftar. Emas semua dah lock nak tunggu pegi byr jer dan amik emas. Masih tak terlambat lagi untuk sape-sape yang berminat untuk membuat pembelian secara banyak untuk mendaftar sebagai dealer atau untuk membeli secara sedikit untuk simpanan anda. Untungnya jika mendaftar dealer ni anda akan sentiasa mendapat diskaun sebanyak 1.5% atas setiap pembelian anda dengan public gold. Promosi untuk menjadi dealer dengan diskaun 50% hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Tambahan sekarang pn harga emas agak rendah dan sesuai untuk membuat pembelian. Bila-bila masa sahaja harga boleh mencanak naik.